Sebagaimana kita sedia maklum bahawa madu lebah telah pun dinyatakan di dalam Al-Quran yang antara lain menyebut, " Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah : Hendaklah engkau membuat sarangmu di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau suka) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Dengan itu akan keluarlah dari dalam bandannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, Tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (Al-Nahl 16:68)
Apakah kaitan antara madu dan tajuk page ini iaitu kelulut@Trigona ? Satu lagi soalan mudah dari saya, pernahkah anda mendengar istilah kelulut atau nama saintifiknya Trigona ? Saya akan kongsikan di sini berkenaan perkembangan madu kelulut dan penternakan kelulut berdasarkan pengalaman sendiri mengikuti kursus menternak kelulut di Kg Sering Petani, Pengkalan Chepa juga sebagai pengamal pemakanan madu kelulut selain mula menternak sendiri kelulut secara kecil-kecilan di halaman rumah.
Kelulut meruupakan antara spesis lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Serangga ini gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semulajadinya.
Lubang pada pokok yang digunakan kelulut sebagai sarang di habitat semulajadi
Di Malaysia terdapat kira-kira 33 spesis kelulut dan kebanyakannya
ditemui di kawasan hutan. Kelulut sering disamakan dengan spesis
penyengat dan tidak ramai yang menyedari lebah kelulut mampu
mendatangkan pendapatan lumayan sama sperti lebah apis.
Kotak yang direka untuk menternak lebah kelulut
Sarang kelulut di belakang rumah
Anak-anak berposing bersama kotak sarang kelulut
di dalam stor - kelulut tidak merbahaya kerana tiada sengat
Berbanding lebah apis yang hanya menghasilkan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan 3 produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga). Kelulut menghasilkan madu berkualiti tinggi yang kaya dengan antioksidan.
Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. Khasiat madu kelulut dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan merawat kecederaan dalaman.
Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kaser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh. Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mengandungi asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4 hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas. Ia bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.
Madu, Propolis Dan Bee Bread lebah kelulut
Madu lebah kelulut 100% asli
Bagi anda di luar sana yang ingin mencuba
atau mengamalkan pemakanan madu kelulut atau berminat untuk mengetahui
maklumat lanjut berkenaan madu kelulut dan lain-lain produk
hasilan lebah kelulut yang telah terbukti tinggi khasiat ataupun mahu mengetahui maklumat lanjut berkaitan penternakan lebah kelulut, hubungi saya Tn Azani
di talian 0111 - 276 0818 atau email tuanmohdazani@gmail.com. Tawaran harga menarik menanti anda, insha Allah.
Sumber :
Artikel 2013/02/04 – MyMetro Agro
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0520&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz2QPgaXEPo
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:
Post a Comment