Saturday, 8 June 2013

Madu Kelulut@trigona & khasiatnya

Post kali ini saya akan kongsikan pengalaman mengikuti kursus untuk menternak lebah kelulut@trigona yang saya ikuti pada 13April lalu anjuran sifu kelulut Tn Hj Razip di Kg Petani, Sering, Pengkalan Chepa dan berkongsi khasiat madu kelulut dan produk-produk lain hasilan kelulut seperti bee bread, propolis dan skin care.


Sifu saya Hj Razip bersama produk-produk kelulut

Kotak sebagai sarang lebah kelulut

Sarang lebah kelulut - kotak & tunggul kayu

Berikut adalah khasiat madu, bee bread dan propolis lebah kelulut@trigona :

1. MADU KELULUT (TRIGONA)

Madu kelulut disimpan dalam kantung/tempayan.  Rasanya sedikit masam berbanding madu lebah Apis, ini disebabkan kandungan asidnya yang lebih atau gula monosakarid kurang berbanding madu lebah Apis.   

Khasiat perubatannya secara tradisional melebihi madu lebah Apis.  Madu secara umumnya membekalkan tenaga, antibakteria, antifungus, antivirus, antioksidan dan mengandungi enzim, garam galian, vitamin dan sebatian fenol dan flavonoid.

Madu berasal dari nektar yang dicampur dengan air dan cairan dari perut lebah pekerja.  Ia mengalami proses pengeluapan dan disimpan dalam sarang madu.  Madu yang telah matang akan disimpan dalam bentuk tertutup di dalam sarang.

Khasiatnya dalam perubatan dapat merawat luka dan ulser.  Kajian di makmal menunjukkan madu menurunkan glukosa dalam tikus yang diaruhkan diabetes, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidanif.  Kajian pada tikus yang dibuang ovary, iaitu tikus yang dijadikan model menapos menunjukkan madu mengurangkan atrofil pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabukular tulang, bermakna ia membantu menguatkan tulang.  Madu juga dapat menstabilkan tekanan darah dan kandungan glukosanya serta tidak memudaratkan penderita diabetis mellitus.

 2.BEE BREAD LEBAH KELULUT (TRIGONA)
Bee bread merupakan sumber makanan utama larva.  Bee bread adalah campuran polen dengan madu serta air liur dan cairan dari perut lebah.  Polen dalam bee bread  telah mengalami proses pencernaan dan fermentasi.  Oleh yang demikian, dari segi khasiatnya, ia melebihi polen kerana ia lebih mudah dihadamkan oleh manusia.

Lebah kelulut menghasilkan bee bread dengan banyaknya berbanding Apis Mellifera dan Apis Carana.  Pengambilan bee bread kelulut tidak merosakkan koloninya berbanding pengambilan bee bread Apis yang boleh merosakkan populasi lebah Apis.

Bee bread mengandungi banyak asid amino assential, ia dipercayai memperkuat fungsi hati, kantung hempedu, otot, mata imaginasi dan kreativiti.  Bee bread lebih sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman berbanding polen.  Ia juga bagus untuk penderita penyakit hati.

3. PROPOLIS
Propolis dihasilkan oleh lebah untuk melawan benda yang masuk ke dalam sarang dan digunakan untuk menampalkan retak/lubang pada sarang.

Propolis merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan lebah.  Hanya lebah yang berpengalaman yang mengumpul propolis.  Lebah membawa pulang propolis ke sarang di kaki belakangnya seperti membawa polen.  Propolis Brazil yang dipanggil Green propolis dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.  Flavonoid berperanan sebagai antioksidan.  Kajian menunjukkan propolis bersifat antibakteria, antifungus dan antivirus dan banyak penyakit dapat disembuhkan dengan pengambilan propolis.  Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui rawatan kaedah tradisional menggunakan propolis termasuk diabetes melitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, tuberlulosos, batu ginjal dan HIV/AIDS.

Bagi lebah kelulut (trigona), sarangnya dibentuk dari campuran lilin (yang diproduksi sendiri) dan resin yang diambil dari tanaman.  Sarang lebah kelulut (trigona) keseluruhannya merupakan propolis termasuk kantung/tempayan bee bread dan madunya.

Bagaimanakah pengambilannya dalam diet pemakanan anda ?
Mudah saja, minum 1 sudu madu dicampur 2-3 titik propolis dan 1 sudu bee bread 3 kali sehari atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam).  Jadikan ia rutin harian dan anda akan dapat merasakan perbezaan dimana tubuh anda akan menjadi semakin sihat dan insha Allah sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Ini pula adalah Propolis Skin Care iaitu produk untuk penjagaan kulit yang terbukti berkesan dalam penjagaan kulit muka seperti menghilangkan parut-parut jerawat, mengecutkan jerawat dan melicinkan serta menghaluskan kulit wajah.  Selain itu ia juga berkesan untuk menghapuskan kesan jeragat.


 Propolis Skin Care


Madu, Propolis dan Bee Bread

Bagi anda di luar sana yang ingin mencuba atau mengamalkan pemakanan madu kelulut atau berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan madu kelulut@trigona dan lain-lain produk hasilan kelulut yang terbukti tinggi khasiatnya, hubungi saya Tn Azani di talian 0111 - 276 0818 atau email tuanmohdazani@gmail.com.

Tuesday, 30 October 2012

Doa Nabi Yunus




Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)
Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan".  Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.

Amalkan doa ini sebagai sebahagian dari amalan harian. 

Sunday, 14 October 2012

Bismillah Enam


Bismillah Enam

·         Makbul segala hajat dan cita-cita.
·         Luas rezekinya.
·         Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
·         Menang dalam peperangan.
·         Penerang hati.
·         Dijauhkan dari segala penyakit.
·         Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
·         Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
·         Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
·         Aman daripada binatang-binatang buas.
·         Air laut menjadi tawar.
·         Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
·         Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
·         Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
·         Terselamat dari karam di laut.
·         Jika dibaca pada minyak pada malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
·         Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
·         Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca di telinga tiga kali InsyaAllah lari iblisnya.
·         Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
·         Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
·         Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
·         Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, InsyaAllah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
Amallah Bismillah Enam ini kerana ianya menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak memberi mudharat kepada pengamal kalau terminum. Gelas yang mengandungi racun akan pecah kalau dipegang oleh pengamal Bismillah Enam. InsyaAllah.
sumber : http://junjungan.wordpress.com/bismillah-enam/

Monday, 1 October 2012

Cakap-cakap Bujet

Bujet 2013 dah pun diketahui umum dan dalam tempoh terdekat ini semua orang memperkatakan tentangnya.  Banyak aspek yang mendapat sentuhan kerana kerajaan sebagai pemerintah mengambilkira kesejahteraan rakyat, Rakyat didahulu Pencapaian diutama. 

Apa yang terpahat di ingatan adalah rebet sebanyak RM250 untuk pembelian alat komunikasi canggih (3G dan yang seangkatan dengannya) untuk golongan sasaran iaitu belia.  Niat kerajaan memang baik, untuk melengkapkan generasi muda dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan multimedia (ICT) selain memudahkan perhubungan.  Saya dapat merasakan akan tiba saatnya dimana kecanggihan teknologi akan mengambil alih dan menguasai keseluruhan hidup dan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pelapis.  Persoalan yang timbul adakah kita generasi lama telah menyediakan generasi muda untuk mereka menjadi pelapis sebagai pemimpin.


Gambar telefon 3G sebagai hiasan

Memang benar, telefon bimbit tidak perlu ditukar bersilih ganti mengikut perkembangan teknologi semasa.  Banyak aspek perlu diambilkira terutama kewangan dan kemampuan.  Tetapi mampukah belia mempraktikkan amalan mengukur baju di badan sendiri.  Dibimbangi golongan ini tidak mampu tetapi kesempatan yang ada juga tidak wajar untuk dilepaskan.  Apa-apapun, dalam menguruskan bujet, seseorang itu mestilah pandai membezakan antara KEUTAMAAN dan KEPERLUAN.



Sedikit tips dalam mengagihkan pendapatan bulanan adalah 20% untuk simpanan, 30% untuk keinginan dan baki 50% untuk keperluan.  

Seterusnya, 3 langkah untuk menampal kebocoran wang adalah :
1. Jangan pinjam duit.
2. Tahu kehendak dan tahu keperluan.
3. Belajar simpan duit.

Bagi memastikan kita istiqomah dalam melaksanakan ilmu mahupun tips dalam pengurusan kewangan, hanya satu sahaja nasihat dapat saya kongsikan iaitu berdoa kepada Yang Esa agar kita sentiasa dilindungi dan berjaya mengatasi nafsu/kehendak sendiri, insha Allah.
 
 

Wednesday, 26 September 2012

Menjejaki kejayaan

Perkataan berjaya ataupun kejayaan adalah impian setiap insan dan ia memang boleh direalisasikan.....dream can become a reality.  Jadi bagaimana caranya hendak berjaya ?

Ini antara soalan cepumas yang memang sukar ditemukan jawapannya.  Tapi jangan risau, saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang kejayaan.  


Seorang mentor kejayaan yang berjaya, Dr Azizan Osman berkata, "Sesiapapun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya.  Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya.  Diam, dengar dan ikut".  Inilah antara kata-kata keramat yang boleh dijadikan azimat dan pegangan untuk menjejaki kejayaan.

Untuk mendapat inspirasi dan semangat bagi merealisasikan kejayaan, bacalah "Rahsia Menjadi Kaya dan Berjaya" hasil tulisan S.H.Al-Attas dan Dr Azizan Osman.  Selamat membaca dan mencuba.