Apa yang terpahat di ingatan adalah rebet sebanyak RM250 untuk pembelian alat komunikasi canggih (3G dan yang seangkatan dengannya) untuk golongan sasaran iaitu belia. Niat kerajaan memang baik, untuk melengkapkan generasi muda dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan multimedia (ICT) selain memudahkan perhubungan. Saya dapat merasakan akan tiba saatnya dimana kecanggihan teknologi akan mengambil alih dan menguasai keseluruhan hidup dan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pelapis. Persoalan yang timbul adakah kita generasi lama telah menyediakan generasi muda untuk mereka menjadi pelapis sebagai pemimpin.
Gambar telefon 3G sebagai hiasan
Memang benar, telefon bimbit tidak perlu ditukar bersilih ganti mengikut perkembangan teknologi semasa. Banyak aspek perlu diambilkira terutama kewangan dan kemampuan. Tetapi mampukah belia mempraktikkan amalan mengukur baju di badan sendiri. Dibimbangi golongan ini tidak mampu tetapi kesempatan yang ada juga tidak wajar untuk dilepaskan. Apa-apapun, dalam menguruskan bujet, seseorang itu mestilah pandai membezakan antara KEUTAMAAN dan KEPERLUAN.
Sedikit tips dalam mengagihkan pendapatan bulanan adalah 20% untuk simpanan, 30% untuk keinginan dan baki 50% untuk keperluan.
Seterusnya, 3 langkah untuk menampal kebocoran wang adalah :
1. Jangan pinjam duit.
2. Tahu kehendak dan tahu keperluan.
3. Belajar simpan duit.
Bagi memastikan kita istiqomah dalam melaksanakan ilmu mahupun tips dalam pengurusan kewangan, hanya satu sahaja nasihat dapat saya kongsikan iaitu berdoa kepada Yang Esa agar kita sentiasa dilindungi dan berjaya mengatasi nafsu/kehendak sendiri, insha Allah.


No comments:
Post a Comment