Tuesday, 30 October 2012

Doa Nabi Yunus




Maksudnya :
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".
(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)
Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan".  Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.

Amalkan doa ini sebagai sebahagian dari amalan harian. 

Sunday, 14 October 2012

Bismillah Enam


Bismillah Enam

·         Makbul segala hajat dan cita-cita.
·         Luas rezekinya.
·         Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
·         Menang dalam peperangan.
·         Penerang hati.
·         Dijauhkan dari segala penyakit.
·         Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
·         Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
·         Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
·         Aman daripada binatang-binatang buas.
·         Air laut menjadi tawar.
·         Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
·         Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
·         Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
·         Terselamat dari karam di laut.
·         Jika dibaca pada minyak pada malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
·         Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
·         Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca di telinga tiga kali InsyaAllah lari iblisnya.
·         Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
·         Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
·         Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
·         Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, InsyaAllah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
Amallah Bismillah Enam ini kerana ianya menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak memberi mudharat kepada pengamal kalau terminum. Gelas yang mengandungi racun akan pecah kalau dipegang oleh pengamal Bismillah Enam. InsyaAllah.
sumber : http://junjungan.wordpress.com/bismillah-enam/

Monday, 1 October 2012

Cakap-cakap Bujet

Bujet 2013 dah pun diketahui umum dan dalam tempoh terdekat ini semua orang memperkatakan tentangnya.  Banyak aspek yang mendapat sentuhan kerana kerajaan sebagai pemerintah mengambilkira kesejahteraan rakyat, Rakyat didahulu Pencapaian diutama. 

Apa yang terpahat di ingatan adalah rebet sebanyak RM250 untuk pembelian alat komunikasi canggih (3G dan yang seangkatan dengannya) untuk golongan sasaran iaitu belia.  Niat kerajaan memang baik, untuk melengkapkan generasi muda dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan multimedia (ICT) selain memudahkan perhubungan.  Saya dapat merasakan akan tiba saatnya dimana kecanggihan teknologi akan mengambil alih dan menguasai keseluruhan hidup dan pemikiran generasi muda yang bakal menjadi pelapis.  Persoalan yang timbul adakah kita generasi lama telah menyediakan generasi muda untuk mereka menjadi pelapis sebagai pemimpin.


Gambar telefon 3G sebagai hiasan

Memang benar, telefon bimbit tidak perlu ditukar bersilih ganti mengikut perkembangan teknologi semasa.  Banyak aspek perlu diambilkira terutama kewangan dan kemampuan.  Tetapi mampukah belia mempraktikkan amalan mengukur baju di badan sendiri.  Dibimbangi golongan ini tidak mampu tetapi kesempatan yang ada juga tidak wajar untuk dilepaskan.  Apa-apapun, dalam menguruskan bujet, seseorang itu mestilah pandai membezakan antara KEUTAMAAN dan KEPERLUAN.



Sedikit tips dalam mengagihkan pendapatan bulanan adalah 20% untuk simpanan, 30% untuk keinginan dan baki 50% untuk keperluan.  

Seterusnya, 3 langkah untuk menampal kebocoran wang adalah :
1. Jangan pinjam duit.
2. Tahu kehendak dan tahu keperluan.
3. Belajar simpan duit.

Bagi memastikan kita istiqomah dalam melaksanakan ilmu mahupun tips dalam pengurusan kewangan, hanya satu sahaja nasihat dapat saya kongsikan iaitu berdoa kepada Yang Esa agar kita sentiasa dilindungi dan berjaya mengatasi nafsu/kehendak sendiri, insha Allah.
 
 

Wednesday, 26 September 2012

Menjejaki kejayaan

Perkataan berjaya ataupun kejayaan adalah impian setiap insan dan ia memang boleh direalisasikan.....dream can become a reality.  Jadi bagaimana caranya hendak berjaya ?

Ini antara soalan cepumas yang memang sukar ditemukan jawapannya.  Tapi jangan risau, saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang kejayaan.  


Seorang mentor kejayaan yang berjaya, Dr Azizan Osman berkata, "Sesiapapun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya.  Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya.  Diam, dengar dan ikut".  Inilah antara kata-kata keramat yang boleh dijadikan azimat dan pegangan untuk menjejaki kejayaan.

Untuk mendapat inspirasi dan semangat bagi merealisasikan kejayaan, bacalah "Rahsia Menjadi Kaya dan Berjaya" hasil tulisan S.H.Al-Attas dan Dr Azizan Osman.  Selamat membaca dan mencuba.